Pautan-pautan bebas Wikipedia:Manual_gaya_penulisan

Penggunaan pautan yang digelar "pautan-pautan bebas" ke topik-topik lain, misalnya, [[George W. Bush]], adalah digalakkan. Gunakan pautan-pautan untuk kesemua perkataan dan istilah-istilah yang terdapat di rencana anda di mana membaca rencana yang dipautkan itu berfaedah. Namun, jangan keterlaluan. Jangan pautkan setiap perkataan; hanya memautkan perkataan pada kali pertama ianya muncul di dalam rencana sudah memadai.

Pautan-pautan yang mengikut cara pemilihan nama Wikipedia berkemungkinan besar akan membawa kepada rencana-rencana yang wujud, dan, jika tiada rencana, akan membuatkan pengwujudan artikel yang dinamakan dengan betul lebih mudah bagi penulis-penulis yang kemudian.

Pautan perkataan-perkataan yang tidak sama dengan tajuk rencana yang dipautkan boleh dilakukan, [[bahasa Melayu|BM]] misalnya. Namun pastikan adalah jelas apa yang dirujukkan oleh pautan tanpa perlu mengikut pautan tersebut. Apabila membuat perkataan jamak (plurals), lakukan [[language]]s. Ini lebih jelas untuk dibaca di dalam bentuk wiki dari [[language|languages]] -- dan lebih senang untuk ditaip.

Cuba buat pautan yang persis. Jika sesuatu rencana yang anda ingin pautkan tidak wujud, lakukan pencarian pantas untuk memastikan yang itu keadaan sebenar; rencana itu mungkin mempunyai nama yang berlainan dari yang anda harapkan.

Jangan gunakan "klik di sini" sebagai teks untuk sesuatu pautan - ia tidak memberi apa-apa maklumat. Teks pautan haruslah subjek perkara yang dipautkan itu.